Sunday, 11 December 2011

Apa itu TROLL?


Anda pernah troll orang ataupun pernah jadi mangsa troll? Aktiviti trolling ni dah macam jadi satu fenomena kat dunia internet sekarang ni. Tapi, tahukah anda maksud sebenar troll?

'Troll' membawa maksud memberi pendapat yang berlawanan daripada orang lain, memberi statement menyerang, membuat provokasi, gurauan kasar, parody, kata perli, membuat sindiran sinis, makan dalam, membahan atau menganjing, memancing dan lain-lain yang berkaitan. Pendek kata, Troll akan membuatkan seseorang itu terasa, marah dan bengang. Yang mana sporting, dia hanya akan tersenyum sendiri. You've been trolled! Trolololo...

troll face yg feymes!

Bagaimana Cara Nak Troll?

Anda mesti berani dan mempunyai pendapat tersendiri dalam mencipta sesuatu isu. Menulis dengan nada sarkastik dan sindiran kasar. Bersiap sedia dengan fakta yang kukuh untuk mempertahankan pendirian anda. Nak troll kena ada point. Bukannya boleh troll secara memvavi buta.

Jangan guna kata kesat ataupun mencarut. Sila troll dengan berhemah. Troll amende sampai maki mak bapak.  Di akhir ayat, tak perlu nak cakap 'Are You Mad?'. Biar dia terasa sendiri. Biar pihak kena trolled saja yang emo.

Akibat Daripada Entry Troll

Akan muncul golongan manusia yang tak senang duduk disebabkan kepanasan montot ataupun bahasa saintifiknya, 'butthurt'. Ruangan kotak komen akan dipenuhi Anon yang pengecut membela diri ataupun membela pihak kena trolled. Mereka cuba menegakkan benang yang basah dengan kata-kata makian. Biarkan saja mereka meng'emo' di ruangan komen. Anda hanya perlu tenang dan senyum membaca komen-komen 'butthurt' tersebut. Tidak perlu melayan provokasi mereka. Balas hanya jika anda rasa perlu.

Orang akan kutuk belakang. Antaranya, mereka akan cop anda sebagai seorang yang bajet bagus, kau semuanya betul, nak menang kau aje, dan lain-lain lagi.  Jika anda seorang kaki bodek dan inginkan ramai peminat, jangan mimpi nak troll. Impak daripada trolling ini hanya akan membuatkan anda dibenci dan dikelilingi ramai haters. Anda mungkin juga berisiko kena pukul. Heh!

Para haters akan senantiasa mencari kesalahan anda dan mencari jalan untuk kenakan anda kembali. Sesungguhnya, mereka tidak sabar untuk bertepuk tangan melihat saat kejatuhan anda. Mental anda kena kuat dan haruslah kalis provokasi. Anda hanya perlu rileks dan tabah. Hati kering. Berani buat, berani tanggung la. Yang penting, anda yakin dan tegas dengan pendirian anda. Tapi jangan benda yang terang-terang salah pun anda mahu ego pertahankannya.

Kebaikan Troll

Tujuan sebenar troll bukanlah untuk melaga-lagakan. Ia bertujuan untuk membuka minda dan menarik minat pembaca berfikir dengan lebih mendalam. Bayangkan, zaman sekarang berapa ramai yang nak dengar nasihat secara lembut dan skema? Bila dah kena sindiran tajam, baru nak melenting. Bila terkena batang hidung, baru nak sedar diri. Kalau yang bijak, dia akan berfikir panjang dan mengambilnya secara positif. Kalau yang butthurt tu, mungkin mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa diri mereka seteruk itu. Mungkin juga dia tidak biasa dengan teguran berbentuk sarcasm.

Aku juga pernah rasa terkena headshot bila baca entry trolling. Aku cuma tersenyum. Cis! Ada benarnya jugak kata blogger tersebut. Aku ambil secara positif sebagai pedoman hidup. Haha...

p/s : Troll bukan saja di dalam bentuk penulisan. Dalam bentuk video, lukisan dan juga dunia realiti pun boleh.

You've been trolled!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers