Monday, 23 January 2012

Apa Itu SOPA????




Salah satu perbincangan yang menjadi
semakin hangat akhir-akhir ini adalah
berkenaan dengan SOPA, dan bukan
sahaja hangat dibincangkan di
Amerika Syarikat sahaja, malah media
seluruh dunia. Melaluinya, ia bukan
hanya memberi kesan kepada cetak
rompak, tetapi kepada internet secara
menyeluruh.
Apakah Itu SOPA ?
Semestinya salah satu persoalan yang
tertanya oleh semua orang adalah
apakah itu SOPA. SOPA merupakan
singkatan kepada Stop Online Piracy
Act, dimana sedang diperbincangkan
oleh pihak Amerika Syarikat.
Secara kasarnya ia merupakan salah
satu cara untuk mengurangkan
masalah cetak rompak melalui
internet, namun ia memberi kesan
yang lebih daripadanya, dan seperti
tidak begitu adil untuk semua
penyedia perkhidmatan berasaskan
internet.

Kesan SOPA Kepada Pembangun Dan
Pengguna Malaysia
Memandangkan kebanyakkan
perkhidmatan terutamanya penyedia
perkhidmatan nama domain
(.com, .net. dan .org) adalah
berpengkalan di Amerika Syarikat,
maka perkhidmatan ini memberikan
kesan menyeluruh, termasuk kepada
para pengguna dan pembangun di
Malaysia.

Walaupun cetak rompak merupakan
salah satu perkara yang dihalang di
semua negara, mahupun agama,
mengawalnya masih lagi suatu
perkara yang sukar. Apatah lagi
dengan kebanyakkan perkhidmatan
berasaskan web sekarang, seperti
YouTube, Facebook dan sebagainya
menggunakan kandungan yang dijana
oleh pengguna, maka mengawalnya
mungkin sesuatu yang sukar. Dengan
pengenalan SOPA, ia semestinya akan
memberikan kesan yang menyeluruh
kepada perkhidmatan seumpama ini,
dan memberikan kesan kepada
penggunannya di seluruh negara,
termasuk Malaysia.
Selain daripada itu, memandangkan
oleh hanya salah satu kandungan
yang bertentangan dengan hak cipta,
dibawah akta ini, ia akan menjadikan
keseluruhan nama domain tersebut
dihalang, dan memberikan efek yang
besar.

Siapakah Yang Membantahnya ?
Buat masa ini, kebanyakkan syarikat
berasaskan internet membantah
perkara ini, termasuk Google,
Facebook, Yahoo!, Microsoft, PayPal,
Mozilla, FourSquare, eBay, AOL,
Creative Commons, dan banyak lagi.
Namun masih ada yang
menyokongnya, dan salah satu
syarikat yang menyokongnya adalah
GoDaddy (GoDaddy telah menarik
balik sokongan selepas ramai
pengguna mereka keluar dan beralih
ke perkhidmatan lain).

Jadi, Apakah Seterusnya?
SOPA masih lagi pada peringkat
pendengaran buat masa ini, dan
pendengaran seterusnya bakal
diadakan pada bulan Januari kelak.
Dan semakin hari, semakin banyak
syarikat membantah cadangan
tersebut, dan ada juga yang
menyokongnya.
Walaupun ia masih tidak diketahui
kesannya, tahun hadapan akan
menjadi antara tahun yang hangat
membincangkan mengenai akta-akta
berkaitan internet, termasuk di
Malaysia sendiri yang membincangkan
mengenai Akta Badan Perkomputeran
Professional.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers